Sabtu, Ogos 08, 2009

Bingkisan dari Teman...

Wahai Pejuang kebenaran...

Ajarlah jiwa mu untuk terbang tinggi..
supaya ia bencikan sesuatu yang remeh..




ajarlah jiwa mu erti kemuliaan..

agar ia bencikan kehinaan..





Hendak berkata bahawa muslimat ini lemah fizikal, tidak hebat, nah!! lihat gambar-gambar ini,
mereka membuktikan kepada dunia ini bahawa menutup aurat ini bukanlah penghalang pekerjaan untuk menjadi tangkas seperti lelaki..

klik disini


Berilah peluang jiwa mu merasai kelazatan rohani yang agung..

nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara..

Semoga setiap pengorbanan dan kepayahan ini..

akan menjadi saksi di akhirat sana..

bahawa kita semua pernah bersama..
dalam episod perjuangan membela agamaNya..

-dari teman tersayang-
ukhwah fillah

--------------------------------
=)

doa ku buat diri ini:
Ya Allah,
jadikanlah saya kuat semangat seperti sahabat saya ini..
penuh ilmu didadanya..
molek amal ibadahnya..
santun dalam berkata..
bernas dalam berhujjah..
bijak dalam berkomunikasi..
aminn..

"Sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan Kitab (AlQuran).
Dia melindungi orang-orang yang soleh"
(Al-A'raf:ayat196)

----------------------------------------------------------




Mujahidah..
Diceritakan Nabi pada Fatimah,
Tentang penglihatan baginda ketika mikraj,
Betapa isi neraka itu ramainya wanita,
Dengan linangan air mata.

Mujahidah..
Ikutilah jejak Khadijah,
Yang berkorban kerana Allah,
Yang bersama Nabi senang dan susah,
Yang perginya ditangisi Rasulullah.




Mujahidah..
Teladanilah Siti Aisyah,
Fatimah mahupun Masyitah,
Atau Rabiah kekasih Allah,
Atau yang diceritakan tinggi taatnya pada suami seperti Mutiah.

Mujahidah..
Contohilah Siti Hawa,
Yang berlari antara Safa dan Marwah,
Yang tinggi sabarnya kerana Allah.




Mujahidah..
Sesungguhnya mereka menjadi sejarah,
Antara orang-orang yang mendapat mardhiah.
Yang dijanjikan kebahagiaan akhirat.

Mujahidah..
Sabarlah dengan ujian dan dugaan,
Yakinlah pada ketentuan Tuhan,
Tiada ujian melebihi kemampuan
Sepertimana yang pernah dijanjikan.




Mujahidah..
Ada hikmah di sebalik ketentuan,
Ada kemanisan di sebalik kepahitan,
Ada sesuatu yang bakal diberikan,
Sabarlah menempuh segala dugaan.

Mujahidah..
Pasti ada yang bersamamu,
Yang akan selalu membantu,
Sepanjang zaman setiap waktu,
Tika tawa dan tika sendu.

sumber: http://ukhwah.com/



0 comments: