Ya Allah, ku ingin terus menangis..
dengan tangisan yang mendekatkan diri ku dengan Mu..
----------------
Tangisan itu
bukanlah sekadar teman di saat kedukaan dan kesedihan hadir,
dan bukan hanya sebagai perisai terakhir bagi yang lemah.
Hakikatnya,
tangisan itu mampu memadamkan api neraka,
mendekatkan diri dengan Rabbnya(Yang mendidiknya)..
menjadi pengerat kasih dengan Tuhan yang bersifat Ar-Rahim..
dan menjadi bukti cinta hamba kepada Khaliqnya..(Penciptanya)
jika tangisan itu mendapat pengiktirafan dariNya.
----------
Saat hidayah dinikmati oleh hati
yang hampir tandus tanpa pohon iman sebenar,
lebat disirami dengan
hujan tangisan syukur padaNya..
Alhamdulillah.saat itu..
nikmat!
itu sahaja yang dapat dikatakan.
bergembiralah bagi hati
yang sentiasa segar dengan angin taubat.
nyaman... dalam perhatianNya.
--------
Ya Allah,
kami lah hamba Mu yang selalu khilaf dalam kehidupan,
kami dambakan redha Mu tapi khilaf dalam amal sendiri.
Bacalah ini..
" Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa
air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda:
"Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Subhanallah,
kasih Allah tak pernah kurang untuk kita.. :)
lihatlah sahabat-sahabat,
kita tidak pernah hilang dalam pandangan Allah..
jika kita mencariNya..
---------
"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah
dari dua titis dan dua bekas.
Titisan airmata kerana takut kepada Allah
dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah.
Adapun dua bekas
adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah
dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."
(Riwayat Attirmizi)" tangisan seperti embun pagi.
angin membawa ia pergi.
hilang dalam sinar mentari.
namun tangisan padaNya,
meskipun hilang dalam pandangan
tetapi ia kekal dalam catatan amalan."
--------------------------
Pada suatu hariRasulullah s.a.w berkhutbah,
lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui,
nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Ya Allah,
bantulah hamba..
hamba ingin terus menangis..
--------
"Jika kamu tidak dapat menangis dan bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosa mu,
maka menangislah atas keadaan itu"
"Moga hati lebat disirami dengan tangisan syukur,raja' dan khauf,
dan sentiasa segar dengan angin taubat."

3 comments:
syukran ukhti, bermanfaat utk hati yang lara..
air dari mana yg mengalir?
mata @ hati awak?
macam mana nak biarkan tangan berhenti buat orang menangis?
Kepada DM : Alhamdulillah, segala syukur dikembalikan kepadaNya.
Hati yang lara~ akan mara menujuNya.InsyaAllah :)
Kepada aMeL :
mata dan hati..
mata hati..
menangis kerana hati mati.
baik2, sy jawab soalan....,:D
pastilah kebiasaannya, air dari mata..
air dari hati belum pernah lagi.
(erk,mesti ada salah taip ni,cikgu tatabahasa dah tnya...)
erm...
(soalan yang diajukan, buat saya baca beberapa kali sambil buat gaya untuk memahaminya.. :D )
asif,
jika tersalah faham soalan.~ngee
pendapat saya,
jika tangan yang tak bisa berhenti buat orang menangis,
tangan kenalah mohon maaf atas kelemahannya itu.
atau nanti,
tuan tangan yang tak bisa berhenti menangis di hadapan Khaliqnya disana nanti..
(pesanan untuk saya terutamannya)
Wallahu'alam.. :)
Catat Ulasan