Rabu, Januari 27, 2010

Wahyu Tanpa Wayar.



Fikirkan:

Usah terlalu kagum dengan teknologi tanpa wayar.
Sedangkan setiap hari,
kita berkomunikasi dengan Tuhan tanpa wayar.
---------



Allah membangkitkan semua nabi daripada Adam hingga Muhammad dalam dunia tanpa wayar (masih tiada wayar lagi). Namun komunikasi mereka menjangkau ke langit tanpa wayar, malah tanpa satelit. Wahyu yang diturunkan kepada mereka juga tanpa wayar, sama ada melalui malaikat Jibril ataupun mimpi. Usah begitu kagum dengan teknologi tanpa wayar hari ini sedangkan setiap hari kita berkomunikasi dengan Tuhan tanpa wayar.
-------
Islam terus berkembang selepas wahyu tanpa wayar itu diturunkan sehinggalah hari ini. Allah mewakilkan Nabi Muhammad sebagai rasul atau pesuruhNya bagi menyampaikan segala mesej yang terkandung dalam wahyu. Nabi Muhammad diutuskan bukan sekadar untuk orang Arab tetapi untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. pemberi rahmat ke serata Alam.

Subhanallah,Masya-Allah
----------
Internet,
menyimpan 1001 tanda kebesaran Allah

Fikirkan:
Siapakah pencipta elektron dalam arus elektrik
apabila suiz dibuka
dan elektron yang membantu menghantarkan data.
Sudah tentu ALLAH.

image



--------------

dipetik dari buku "Online Dengan Tuhan" oleh Zulkifli Khair
[Klik gambar untuk pautan penulis]


Alhamdulillah,
direzekikan untuk memiliki buku ini
bersempena tawaran potongan harga 25% dari PTS untuk jualan akhir tahun 2009.
Kali ini PTS membuat tawaran sekali lagi..
25% juga.. untuk jualan awal tahun 2010..

sehingga 31 Januari..
klik sini

^_^
Excited nak beli..banyak buku yang 'mengenyangkan' minda.

T_T
Sedih... sebab banyak juga lagi buku yang dibeli tak sempat 'disantap' sampai habis lagi...


InsyaAllah..
sedang berusaha ke arah itu..
---------

malas bc buku

Yuk,
membaca dijadikan amalan.
di dalam bas, kereta dan di mana-mana sahaja.
di LRT juga ..

[Cakap tentang LRT, saya sempat melihat tapak pembinaan LRT di Sungai Melaka semasa outing minggu lepas dengan sahabat-sahabat :)
Outing kami boleh lah baca di blog kak annaml ;) ]
----------

Baiklah,
pesankan pada diri yang selalu lupa
untuk selalu online dengan Tuhan.

Selamat online dengan Tuhan di sepanjang usia.

"sudahkah Tuhan dibesarkan
di dalam jiwa dan jua fikiran
pada lisan dan perbuatan
di dalam usaha dan gerak kerja"
Lirik Di Suatu Hari Raya by In-Team Dan Unic
--------

Selamat Hari Lahir buat Angah tersayang (26 Januari)

dan adik Hani (Harapan Ayah n Ibu) ^_^


0 comments: