Isnin, Jun 29, 2009

Pemberian kata-kata oleh sahabat2

Antara sms yang saya terima daripada sahabat2 yang
sentiasa saling mengingatkan diri..
Moga bermanfaat untuk semua..











IzinNya, cahaya kembali.. :)





Alhamdulillah..
dapat menikmati kemudahan internet di rumah baru..
terima kasih atas usaha adik nurafaz dan adik nadia..
dalam misi untuk set up wifi@home dirumah baru ni.. ;)
berjaya..!! Alhamdulillah...

--------------

Hampir sebulan blog ini tidak diupdate..
[Mohon Maaf buat sipa2 yg bertanya "bila nak update?"
(buat saya rasa bersalah sbb tak update
dan buat diri semangat utk mengupdate
:)
[...walau sedar hakikat blog ini,sebenarnya biasa2 je... :D]

-------
setelah selesai final exam..
tugasan2 yang berbaki diselesaikan..
dan temujanji bersama adik2 yg teringin sgt ke zOO Melaka saya dahulukan.. :)



dan kemudian..
baru bergegas menghabiskan sesi mengemas rumah lama
untuk berpindah ke rumah baru...

terima kasih atas bantuan sis zini bersama cik TANnya dan sis iQa, dgn cik AEQnya
yang sudi membantu
sesi memunggah barang2 kami ... :)
Alhamdulillah..
semasa malam terakhir sebelum berangkat pulang ke kampung halaman..
sesi memunggah selesai..
[malam tu, sy tumpang rumah sis Ecah (jiran baru.. =)..
sbb dkt rumah dah tak ada org.. ~]

*****

Kali ini MMU telah memendekkan cuti semestar,
dari 3 minggu menjadi 2 minggu..
Cuti yang singkat, bertambah singkat tempohnya buat saya..
apabila.. cuma beberapa hari sahaja untuk saya dapat bersama-sama keluarga..
kerana sy perlu pulang awal ke kampus untuk melaksanakan
tugasan sebagai komiti minggu orientasi..
atau panggilan uniknya di MMU sbg OC (Orientation Committee)

*******
buat
ayah dan emak..
insan yang sangat memahami diri ini..
kalian adalah insan yang bnyak berkorban untuk anak mu ini...
bukan sahaja wang dan tenaga..
bahkan jiwa kalian..

kerana acap kali diri ini mendengar rintihan dan kenyataan dari rakan2
yang ayah ibu mereka agak sukar memberikan pelepasan untuk mereka bergiat aktif dalam aktiviti kampus..
dan lebih2 lagi bila musim cuti..

namun kalian,
masih cuba memahami,
bahkan sangat bertoleransi dengan anak mu ini..
kalian adalah insan yang banyak berkorban jiwa..
kepercayaan dr ayah dan emak,
akak hargai dan syukuri ..
Alhamdulillah,Ya Ilahi...



[sempat menikmati bubur jagung emak yg enak.. ]

[udang yang ayah dapat tangkap..]

**************
antara suasana orientasi 09/10..


[semasa hari pendaftaran ..]

[di Main Hall.. briefing..]

[di awal pagi.. beratur lurus2 ya dik..]

[di CLC ..]


penglibatan dalam aktiviti ini,tidak saya niatkan untuk "saja2, sia2 atau suka2.."tapi sebagai pelaburan untuk mendapatkan keredhaanNya..misi dakwah dan perjuangan keranaNya..dan untuk Islam tercinta..
Namun tidak dapat dinafikan..terkadang ada khilaf dan alpa yang dilakukan..terutama dalam menjaga hati..jelas..diri masih lagi lemah..masih bnyak yang perlu diperbaiki..sunat taubat perlu ditambah
lagi
Ya Allah, ampunkan hamba Mu ini..

Rabu, Mei 27, 2009

Imtihan Ilmu Fardhu Kifayah...

Align Center

Alhamdulillah...

Syukur dan syukur..
Memang itu zikir yg tidak akan berhenti untuk kita ratibkan..
sebab hakikat diri..
Hamba..
Menerima...

Imtihan kali ini saya lalui dengan sedikit berbeza
berbanding dua imtihan di dua sem yang lalu..
2 sem lepas, saya mengambil keputusan untuk bersama rakan dirumahnya..
untuk study..

tp kali ini..


izinNya..
kak Nawwar,Kak Zini & saya..
berkongsi tempat study yang sama..
Alhamdulillah..
sangat seronok..
bila dtg je sindrom-down... :P
tgok yg lain study..
ngantuk cuba ditepis..
semangat semakin cuba disuntik
kali ini.. dgn dos yg lagi tinggi.. ^_^

hu3.. walau kdang2 tewas..


Disana...
tenang..
ceria....
bersama dengan adik2 yg ceria..
fatin,fatini,intan dan yang lain2 juga...

dan
dapat keizinananNya utk bgun stiap malam..

ia juga....
dengan semangat yg sama..

bila melihat yg lain bersemangat bersujud..
meratib rindu dan doa pada yg Esa..
Mohon keampunan dan pertolongan..
dan diri juga tak mahu terlepas..
tolak dan tepis
segala sisa2 kemalasan dan kemenggantukan..


InsyaAllah..

Moga agar ia istiqamah dan terus sedar dalam diri kami semua..

"
aminn..

--------------
Dari jauh..
pokok itu sy lihat dari rumah saya..

dan mungkin rezeki saya melihatnya dari sudut ini..
untuk 2 tahun sahaja..
walau dulu..
pada kali pertama masuk ke rumah itu..
tekad..
"nilah umah smpai habis degree.. :D"



Selasa, Mei 12, 2009

Tinta IU - Salam Imtihan





*Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.


*Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.


*Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.


*Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.


*Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.

Align Center

*Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.


*Bina komuniti (ijma’ wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.


*Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.


*Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.


*Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.

*Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.


*Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.


*Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

*Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.


*Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.


*Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


“Usrah is the Nucleus of Da’wah”

"Usrah means Family" =)

----------

Ucapan takziah buat seorang Senior IU (Mong) yg ditimpa kemalangan..Moga trus kuat menempuhi ujian.. Benar,ujian itu bukan suatu ujian yg mudah...tapi

~Pasti.InsyaAllah.. Dia bukan beragenda untuk menyedihkan mu..

kerana Dia sangat bersifat dengan kasih dan sayang..~

-------------------------

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: 156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"."Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." 157. mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.

(Al-Baqarah, 155-157)



Konvensyen Berakhirnya Zionis












untuk keterangan yg lbh baik: bole klik disini

Recording
Recording.amr
Hosted by eSnips

Ahad, Mei 10, 2009

Rai..


It is great oportunity for me to say..
"Happy Emak Day.."
to My beloved emak..

To my emak : ^_^
Today is not the only day we appreciate and thanks to you..
Indeed, it will be throughout our life..
May till to the heaven..
aminn..


Ucapan kasih sayang drpd anak2mu yg bermacam ragam ini..
Maaf atas kesalahan kami..

Dua,
sayang berpanjangan..
membawa ke syurga..
Kasihnya Emak..
^_^




THANK YOU ALLAH, FOR MY MOTHER..

------------------
p/s: Practicing for MUET speaking test..
on 13 Mei ,7.30 a.m.. ^_^

Doakan saya dan teman 2 yg lain juga.. :)

Yg dlm pengetahuan..
Sis Zinnie
Sis Suraya
Sis Ili
Sis Wani
Sis Anin
Erlina.. (Inas) ^_^
Adilah
Farhana
Zati (kwn Fiza)
Fiza (Pyjot)
IzZati
Adawiyah
and Others.. includes all IU's muslimin too..

Bunch of Thanks to Madam Sharmini
for her willingness and great afford to teach us for MUET ..
May Allah reward Mdm with so many good things...aminn. :)

Syukran Jazilan..