Selasa, Januari 04, 2011

Presiden ketiga MMU.

Dr Muhamad Rasat dilantik presiden ketiga MMU



PUTRAJAYA: Universiti Multimedia (MMU) hari ini mengumumkan pelantikan presiden barunya, Prof Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan di sini, MMU berkata, Muhamad Rasat, 57, bekas timbalan naib canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya, menggantikan Prof Dr Zaharin Yusoff yang berkhidmat selama tiga tahun.

Muhamad Rasat adalah presiden ketiga universiti berkenaan selepas Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon (1996-2007) dan Zaharin (2008-2010).

Muhamad Rasat mempunyai kelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Durham, England, pada 1981 dalam teknologi semikonduktor dan Sarjana Muda Sains dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1977.

Beliau juga dilantik sebagai Felow Akademi Sains Malaysia dan Institut Fizik Malaysia.

Selain itu, beliau juga menerima biasiswa staf akademik Komanwel di Universiti Cambridge pada 1987 dan biasiswa Bank Pembangunan Asia di Institut Teknologi Tokyo pada 1993.

Muhamad Rasat sudah menyunting beberapa jurnal sains terkenal dan telah menerbitkan lebih 150 artikel, jurnal dan kertas akademik di samping menyelia lebih 30 pelajar yang mengikuti pengajian PhD dan Masters.- BERNAMA

---------------

Semoga keadaan MMU bertambah baik dari segi pentadbiran,akademik & sahsiah dengan kehadiran Prof. (baru)

Wallahu'alam.

0 comments: