Sabtu, Disember 03, 2011

Hari Asyura 1433H


JOM PUASA~

Tarikh 9 dan 10 Muharram (Hari Asyura) tahun 1433H jatuh pada 4 dan 5 Disember 2011 (Ahad dan Isnin).

Mari kita berpuasa sunat…..

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.” (HR Al Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al Baihaqi)

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah (solat) fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim, no. 1163)

Share dari cik Izzati :)

0 comments: