Rabu, Jun 23, 2010

Perhatian Penting : Suara anda kami perlukan.
Terima Kasih.




Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua ahli Institusi Usrah dan kenalan sekalian,


Penghargaan :


Alhamdulilah dengan izinNya, kita dapat bertemu lagi untuk sesi akademik 2010/2011. Kami, barisan Exco kepimpinan Institusi Usrah (IU), ingin memohon maaf andai ada kekurangan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja sepanjang kami melaksanakan taklifan sebagai Tanzim bagi sesi akademik 2009/2010.


Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih buat semua ahli Institusi Usrah yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan aktiviti yang diadakan dan memantapkan IU itu sendiri. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak atas kesudian kalian dalam memberikan sokongan, panduan dan bantuan terhadap Institusi Usrah secara langsung mahupun tidak langsung.


Syukur Alhamdulillah kita ucapkan atas semua nikmat yang diberikan olehNya. Sesungguhnya kita sebagai hamba hanya berusaha, namun dengan limpah rahmat dan izinNya lah yang mengizinkan kita mengecapi kejayaan ini.


Isu Utama :


Justeru, untuk memantapkan dan menambah baikkan lagi Institusi Usrah (IU) bagi sesi akademik 2010/2011, kami dengan sukacitanya ingin memohon kerjasama daripada ahli IU mahupun bukan ahli IU, untuk memberikan sebarang komen, pandangan, respon mahupun kritikan terhadap Institusi Usrah bagi sesi akademik yang lepas mahupun secara keseluruhannya. Kami juga sangat mengalu-alukan sebarang cadangan(secara rawak) dan usul(berkaitan mengenai dasar IU) untuk disuarakan agar dapat membantu barisan Exco kepimpinan IU bagi sesi akademik 2010/2011 untuk merancang dan menguruskan perjalanan IU supaya sesuai dengan kehendak ahli dan selari dengan Al-Quran dan As-sunnah.


Sahabat-sahabat boleh bersikap jujur dalam apa saja komen, pandangan, respon, kritikan, cadangan dan usul yang ingin diberikan atau dikongsikan dengan Institusi Usrah. Kami mengharapkan agar ia :-

1. Relevan dan boleh dipercayai (reliable).

2. Diterangkan secara jelas (ringkas tidak mengapa)

Perhatian:


Segala komen, pandangan, respon, kritikan, cadangan dan usul yang diberikan akan dibawa dalam perbincangan pimpinan dan akan dibentangkan dalam Muktamar Sanawi (Annual General Meeting) Institusi Usrah semasa Slot Pertanyaan dan juga Slot Usul dan Cadangan.

Muktamar Sanawi 2009/2010 akan diadakan pada :-

Tarikh : 1 Julai 2010 (Minggu Ke-4)

Hari : Khamis

Masa : 9.00 – 11.00 malam.

Tempat : CLC 0004 (B2).

Nota : Mohon kerjasama dari semua sahabat-sahabat ahli IU untuk hadir bersama-sama dan menjayakan Muktamar Sanawi kali ini sebagai bukti komitmen kita kepada Institusi Usrah yang tersayang.


Salurkan kepada :


Segala komen, pandangan, respon, kritikan, cadangan dan usul daripada sahabat - sahabat boleh disalurkan/ dinyatakan/ disuarakan melalui e-mail, telefon atau pesanan ringkas (SMS) kepada :


Presiden Institusi Usrah :

Saudara Muhammad Nur Hazwan Harun

E-mail: bdkman88@yahoo.co.uk

No. Tel: 013-9759240

Atau


Timbalan Presiden II Institusi Usrah :

Saudari Norkamilah Mohd. Rosely

E-mail: wakafabillahi_wakila@yahoo.com

No. Tel: 013-6285277

Tarikh Tutup:


Tarikh tutup ialah : 27 Jun 2010 ( Ahad Ini)



Institusi Usrah sangat menghargai segala komen, pandangan, respon, kritikan, cadangan dan usul daripada sahabat – sahabat.

Sekian,


~ Terima kasih, Thank you, Syukran, Xie Xie, Nandre, Arigato ~

Wassalam


Usrah Nuklues Dakwah.


Daripada


Institusi Usrah,

Universiti Multimedia,

Kampus Melaka.

Laman web : www.iumelaka.com/




0 comments: