Ahad, Jun 13, 2010

PERMULAAN JALAN HIDAYAH...

Bidayatul Hidayah

Bidayatul Hidayah

Terjemahan: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

{Keterangan lagi? Klik Sini }

MUQADDIMAH
KITAB BIYADATUL HIDAYAH
(PERMULAAN JALAN HIDAYAH)


OLEH AL-IMAM HUJJATUL ISLAM AL GHAZALI R.A.

.Part 1.


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik baik makhlukNYA, penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

anak-anak itu...adalah anak PSK, germo, sebagian juga adalah anak mantan PSK Pucuk yang kini ditinggal pergi ibunya...
Ketahuilah
~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan
~ Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,
maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.

Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimah maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."

Dan jikalau niatmu didalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan (menuju tempat belajar) dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu ketika engkau berjalan.
Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada "bidayah" (permulaan) dan ada pula "nihayah" (kesudahan) dan ada "zahir" dan ada pula "batinnya" dan engkau tidak akan sampai kepada "nihayatul hidayah" dan engkau tidak akan dapat menyelami "batin hidayah" kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan "zahir hidayah" itu.

Di dalam kitab ini saya akan sebutkan "Bidayatul Hidayah" (permulaan jalan menuju hidayah) supaya engkau cuba mengamalkannya pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu. Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya, maka nanti engkau akan sampai kepada "nihayatul hidayah" hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu. Tetapi jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat lambat dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam macam tipu helahnya. Sehingga engkau akan terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.



Syaitan sebenarnya bermaksud supaya engkau melakukan kejahatan pada hal engkau mengira bahawa engkau telah berbuat kebaikan. Maka dengan itu syaitan telah berjaya memperdayakan engkau dan ia telah berjaya mengumpulkan engkau bersama sama dengan golongan yang disebutkan dalam ayat yang bermaksud,"Katakanlah ~ Wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik." (Surah Al Kahfi, ayat 103-104)

Ketika itu syaitan sangat pandai mengajar engkau akan kelebihan ilmu dan darjat para ulama' dan ia mengajar engkau beberapa kelebihan mencari ilmu yang telah disebut di dalam hadis dan juga perkataan ulama', sedangkan syaitan dengan sengaja melupakan engkau daripada seumpama sabdaan Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah."

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:"Orang yang paling dahsyat siksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."

Pada hal Rasulullah S.A.W. selalu berdoa (dengan mengajarkan kepada umatnya) dengan doa yang bermaksud:"Ya Allah, aku berlindung dengan engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)."

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya: Siapakah kamu ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya."



Maka berhati hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu muslihat syaitan dan janganlah engkau tunduk kepada tipuannya. Syaitan sangat pandai memerangkap engkau (dengan menyetujui engkau mencari ilmu) pada hal sebenarnya ia telah memperdayai engkau (dengan memesongkan niatmu) maka celaka bagi si jahil sekali celaka kerana ia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu kali apabila ia tidak mengamalkan ilmunya.


learning style Mengenal 3 Gaya Belajar

Sambungan part 2, pada hari lain..

terkini :klik link ini.. menarik..

2 comments:

ummi berkata...

terima kasih kamilah...atas peringatan yg menyentuh hati... hati akak yg keras ni... :)..semoga amalan kamilah ini mendapat pandangan rahmat dari Illahi..

cahaya berkata...

Alhamdulillah....:)
Aminn Ya Rabb..
Terima kasih juga buat akak sudi membaca..
Ummi pun, semoga terus 'sekolah'kan saya.. saya suka..^_^
XOXO..